Friday 7 June 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

~Kisah sekadar untuk diambil pelajaran dan pengajaran , tidak berkaitan dengan mana-mana individu~


"abang nak makan apa hari ini?" tanya si isteri dengan lembut.

"apa yang ada itulah yang abang akan makan" balas si suami dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.wajahnya bersih bahkan kelihatan segar dan langsung tidak kelihatan tanda-tanda seperti orang sakit.sedang hakikatnya dia sedang bertarung dengan penyakit yang bakal menjadi asbab nyawanya akan ditarik.kanser perut stage 4!

suami isteri ini mendapatkan rawatan di hospital swasta yanga agak terkenal di negara ini.dulunya hanya si suami yang sakit ,selang seminggu  isterinya jugak ditahan di hospital kerana keaadanya yang kurang stabil dan memerlukan rawatan lanjutan.

setiap kali doktor atau jururawat  masuk ke dalam bilik pesakit pasangan suami isteri ini, si suami kelihatan begitu ceria dan bersemangat. berbual dengan ramah setiap pelawat yang datang.

satu hari saya masuk ke dalam bilik tersebut untuk memeriksa keadaan si suami , oleh kerana keadaan si suami yang sangat tenat sebenarnya , kami jururawat terpaksa memeriksa keadaannya selang 2 jam sekali.

"abang , saya nak pegi beli surat khabar kat kedai bawah.. abang ada apa2 nak pesan?" si isteri meminta kebenaran dari si suami untuk keluar sebentar.

"takpe makcik, saya boleh tolong belikan.. makcik kurang sihat , kena rehat" saya segera mendekati makcik itu.

"eh .. takpe.. awak buatlah dulu keja awak ye nak.. makcik ok.. takde ape pun .. kat bawah tu pun naik lif jugak"
katanya sambil tersenyum. si suami hanya mengangguk. mungkin tanda dia membenarkan isterinya keluar.

"ok la.. hati-hati makcik ." saya mendekati pakcik tersebut untuk memeriksa tekanan darahnya.
si isteri melangkah keluar ketika saya masih memeriksa tekanan suaminya, terdengar sahaja pintu tertutup menandakan si isteri telah keluar berderai air mata si suami yang mungkin selama ini di tahannya.

"pakcik kenapa?..sakit ke?" saya mulai risau melihat keadaan itu. dia tidak pernah kelihatan sedih atau muram, bahkan gembiranya sentiasa melebihi orang sihat disekitarnya.dia cuba senyum sambil berkata

"pakcik sebenarnya sedaya upaya berahsia depan makcik, taknak sedih depan makcik.. pakcik mahu makcik gembira sepanjang pakcik hidup , pakcik sedih sebab pakcik dah nak tinggalkan dia tapi pakcik tak mahu dia risau tengok keadaan pakcik.biar sakit nie pakcik seorang yang tanggung .." saya terkedu.membisu seribu bahasa.mendengar setiap luahan katanya membuatkan air mata terasa ingin berlumba-lumba keluar dari ainku ini.. ya Allah! kuatkan aku.. 

"insha Allah pakcik.. saya yakin pakcik dah sedaya upaya gembirakan makcik..saya tengok makcik seorang yang sangat penyabar dan penyayang, makcik jugak seorang yang menjaga solat , solehahnya jelas kelihatan melalui akhlaknya..saya yakin itu semua didikan dari seorang suami yang bertanggungjawab macam pakcik" saya cuba menenangkan pakcik. pakcik tersenyum mendengar kata-kata itu. saya jugak tersenyum .

rupanya disebalik senyuman riang si suami , dia menyimpan seribu satu penderitaan yang ditanggungnya seorang2 semata-mata kerana kasih sayangnya terhadap si isteri. 

masya Allah! hebatnya kasih sayang.
sedang makhluk hina seperti kita sahaja punya sifat kasih terhadap insan yang kita cintai bagaimana pulak dengan Allah yang Maha Besar dan Maha agung yang menciptakan sifat KASIH itu sendiri. semestinya kasih Allah terhadap kita itu jauh lebih besar yang tiada tandingannya.. cuma kita yang tidak merasa kasih itu kenapa??kerana hati kita telah hilang deria CINTA kepada Allah.. naudzubillah!

#sebenarnya selain menjaga dan memberi rawatan kepada pesakit , seorang jururawat jugak merupakan pemberi motivasi kepada para pesakit.hendaklah menunjukkan sifat-sifat yang positif terhadap pesakit untuk membantu pesakit mengembalikan semua sifat positifnya yang terlindung akibat tekanan perasaan memikirkan tentang penyakit mereka.Ayuh para jururawat! dalam kita merawat pesakit apa kata kita rawat jugak HATI-HATI kita yang sedang sakit dengan mengambil pelajaran dan pengajaran dari mereka. sungguhnya tidaklah Allah tentukan kita untuk menjadi jururawat melainkan untuk belajar sesuatu daripadanya#


                                                                ~MUSLIMAHNURSE~